Tuesday, February 28, 2017

Esk Dah Masuk March 2017

Salam semua

Ok dah alang-alang aku buka laptop meh kita update blog. Ohoiii rasanya tahun nie tahun yg sgt hectic expecially keje. Sebabnya dah combine dengan international project dengan domestic project. Gila..setiap hari mesti ada RO masuk. Yang paling tak tahan project international. Duration entah apa2. semualah entah apa2. Mmg aku rasa mcm wtfish.. bukan mengeluh lain benar caranya handle international dengan domestic. Tapi mak taknak2 meroyan tapi awek muda mak hilang. So oklah nti mak kongsi lagi ok..Byk sgt nak cerita nie, lebi2 lagi pasal Young Living Essential Oils and Workout/Fitness. Ok dah2 nak kena tido awal nie..Nak kena jaga kesihatan tubuh badan. Body age mak 31thn...mak suka..mak suka..ok daaaa....

Journey ahkak utk capai 58kg. Semoga termakbul yer

Wassalamm

Wednesday, December 28, 2016

Aku Sebagai Young Living Essential Oil Independent Distributor

Salam semua,

Ok malam nie dalam hujan renyai-renyai nie..ewah mcm nak menulis cerita hantu pulak. Terus pada macamana aku boleh terjebak dengan Young Living Essential Oils.

بسم الله الرحمن الرحیم

Macamana aku leh terjebak dengan Young Living Essential Oils. Aku kenal Young Living Essential Oils melalui Fiza member ofis aku. Dia yg kenalkan aku pada Essential Oils ini. Sebab dia gunakan utk anak dia yg diagnose austism and speech delay. So bg aku, aku cuma nak Riyadh bercakap. Paling tidak pun leh ckp dia sakit kat mana klu dia cedera ke apa. Tanpa berlengah terus aku beli oil2 yg hanya fokus utk perkembangan speech Riyadh. First time aku beli oils sampai 420pv yg mana kebanyakkan oils aku beli tue adalah utk kegunaan Riyadh pastu dpt Premium Starter Kit. Start dari situ aku dengan Young Living Esseential Oils tak berpisah. Bukan saja untuk Riyadh tapi seisi keluarga leh guna,

Apa itu Premium Starter Kit Free nanti next post cerita. Post nie aku nak cerita mcmana aku leh terjebak dgn Young Living. So dengan itu secara automatik aku jadi Independent Distributor utk Young Living. Yer aku applykan utk Riyadh tak kira malam ke pagi ke aku sapu. Bukan kat Riyadh saja, Rayyan, Raisya, abah dorang termasuk aku pun guna. Setiap malam aku akan diffuse oil yg mana aku rasa perlu. Alhamdulillah Riyadh byk progressnya. Ye sambil kita berusaha kita bertawakal.  Nanti aku dickp syirik pulak, Tapi satu je sambil kita guna oils sambil kita bertawakal. berdoa apa yg kita usahakan utk orang tersayang menbuahkan hasil. Alhamdulillah semua dengan izinNYA. Dulu Riyadh tantrum, makan memilih, finger point tapi lani tak lagi, So pada korang semua klu nak tahu mengenai Young Living Essential Oils silalah jgn malu sengan nak contact aku yer. dan Young Living Essential Oils merupakan Top Brand Essential Oils tau. Walaupun ia mahal tapi berbaloi. Mahal sebabnya semua diambil dari pati2 tumbuhan.

Satu je aku pesan,.bila kita amalkan sesuatu benda/ubt ke apa ke jgn lah terus harap esk terus ok. Korang kena sabar, kena istiqomah gitu. Ok. pepahal leh contact aku klu nak tahu pasal YL punya product. Pikir mcm nie..apa2 kita buat semuanya dengan niat kerana Allah Taala.

Selamat mencuba yer.

Wassalam

Dua pic nie yg menunjukkan aku mula bergiat menggunakan Young Living Essential Oil. Aku beli sebanyak 420pv bersamaan RM2k yg mana semua oil tue yg aku nak guna kerap pastu dpt set percuma seperti pic kat atas tue..sangat berbaloii okeh. So korang pikir apa lagi. Kalau nak tahu lebih detail jgn lupa contact aku yer 0122826769

Saturday, December 17, 2016

Cepat Betul Hari-Hari Berlalu

Salam semua..

Sekarang nie rasa cepat betul kan hari bergerak. Nie pun dah nak masuk hujung tahun 2016. Pejam celik nanti kang lelama tak perasan ada cucu. Hambik terus cucu bukan anak3 kawin ke tambah anak no. 4 ke..ehh tetiba. Jadinya igtkan tiap2 hari nak menaip tapi rasanya tak tercapai lagi. Ihiks..

Oklah kita bercerita apa aku buat arinie. Seperti biasa every Saturday Riyadh ada Occupational Theraphy and Speech Theraphy. Memandangkan Teacher Liya dalam pantang so setiap ari sabtu Riyadh akan attend Occupational Theraphy sampai bulan 12. Nanti masuk awal thn Teacher Liya dah start bertugas. So tadi pagi kelas Riyadh start kul 10.00am. So sambil menunggu Riyadh, aku, Rayyan and Raisya tunggulah dalam kereta or pergilah lepak mamak. Abis class Riyadh aku singgah kat area Uniten tue yg byk jual makanan tue. Beli rojak kau..teringin (arinie aku cheatday..kikiki dahlah esk ada photoshot..lantokkk..hahaha). Sampai rumah nampak karper tersidai. Mesti abah 3R dah balik. Buka pintu wahhh lega mata mak sebab umah dah berkemas. Tq sayang..ewahh..sayang kau. Tapi mmg somi aku mmg rajin, Senang ckp ringan tulang. Arinie jugak dia ada annual dinner..huhuh. Dulu masa sebelum kahwin boleh je aku join. Pastu masa anak sorg pun boleh, Tapi bila masuk anak 3 takleh lak.. huhuh. Takpelah aku pun tak kisah.

Esk lak program aku drai pagi sampai petang. Pagi ada Young Living Essential Oils punya program sampai petang, tapi dalam kul 2@3 aku kena balik sebab kul 4.30 ada photoshot utk Primanoda Fitness pulak. yg nie dah lama dah sejak join program Ada. Tapi utk Young Living kena pergi jugak sayang hoiii tak pergi. Nanti harap korang support aku yer. Kalau korang nak visit page pasal Young Living Essential Oils aku korang leh visit My Precious Assets Young Living Essential Oil . Nanti aku citer okeh.

Oklah beransur dulu okeh. Anak3 dah panggil. Wasalamm

Gambar selingan : Semalam post gambar heels utk photoshot es, tetiba Puan Hasinah my ex boss pm and ckp nak bg heels dia kat aku. Apa lagi mak sukalah..tebalkan muka ckp nak.. hihih

Wassalam

Friday, December 16, 2016

Kembalikan Jari Dan Idea

Salam semua..

Hahah..Tajuk macam ala2 lagu Misha Omar gitu. Setahun sekali weh br muncul kat blog nie. Bila tgk list kekawan pun ada jugak yg dah tak berblog. Aku??sebab apa lama tinggal sebabnya aku lupa passport, lupa semualah. sedihh sungguh. Pastu aku ada create wordpress jugak tapi memikiorkan blogspot aku nie banyak kenangan godek punya godek sib baik ada balik blogspot aku nie. Anyway banyak sgt nak bercerita. Rasanya in sha allah anak3 dah besar so lehlah ngadap laptop 24jam..Hambik kau 24jam aku kasi. Ewah sambil menaip sambil backgroud ameng nyanyi lagu Romantis..ewahh. So apa ek nak citer. Tahun nie adalah tahun utk aku build up stamina. Hambik ayat build up stamina. Kau mampu??Raisya dah besar so dah tak menyusu pastu En Somi bg izin so mak apa lg trskanlah apa yg mak suka. Kalau tak dulu masuk anak 2 tahun dlm perut ada isi pastu anak no2 dua tahun pastu ada isi. So nie mmg tak plan apa2 lagi just fokus utk 2 putera n sorg puteri itu dulu. Pastu banyak benda nak share ngan korang semua apa aktiviti aku seharian, rutin workout aku, pemakanan aku, pasal business Young Living Essential Oils aku. So aku harap kau support dan tak jemu membaca nukilan jari i nie dan idea dr otak i yg pintar ini. Aku tak kata Facebook yang kata yg aku pintar 100%. hahhaha. Oklah nie permulaan i untuk start menaip balik. In Sha Allah2 doakan aku rajin yer. Nak kena rajin nie utk permulaan tahun baru 2017 yang mantop. In Sha Allah.

Gambar Selingan : Masa nie Rayyan umur 3 tahun Riyadh umur 6 bulan?Raisya mana..Raisya masa nie takder tak wujud lagi..kekekekk

Wassalam


Wednesday, February 17, 2016

Happy New Year..hihihh

Salam semua..setahun wehh tak menulis...maklumlah anak 3..ewah..kau igt kau sorang anak 3 org lain tue berlambak anak leh je update..ok2..saya cuba yer..ewahh...so soalan pertama apa khabar kekawan blogger semua..ewahh...lama kan status title i tak terupdate kat korang punya wall. just bg panaskan blog nie ok...nanti ambo update lagi...

Wassalammmm

Thursday, January 8, 2015

7 January 2014. Kena warded 8 hari 7 mlm


Salam..

Arinie tn puteri Raisya kita demam.start dari kul 4am tadi.Biasalah mak2 nie ada instinct bila anak tak sedap lagipun dia tido melekat ngan aku so dapat rasa panas badan dia tue. Bagi ubat ok sikit and tadi masa ambik teacher dia ckp Raisya merengek sikit, makan pun tak selera. Now tn puteri beradu n tadi dah bagi ubat. Harap2 tak melarat. Abang Rayyan dan Abang Riyadh pulak ngah layan Hantu kak limah ngan abah kat ruang tamu.

Ok nie nak citer memandangkan ramai yg bertanya knp aku tak masuk opis lama, knp mc lama, sakit apa, dan mcm2  lagi dan paling lawak bila ada yg igt aku maternity leave..Come on..ur my friend..hahaha..gini citernya memang aku sakit tapi sakit gigi. Korang jgn wat main2 sakit gigi nie..nanti jadi mcm aku sakit sikit tgk2 lama bengkak..dalam seminggu jugaklah membengkaknya dari kecik jadi besar. Paling azab bila kau takleh nak makan. Mcmana nak makan nak nganga pun x boleh. Pada masa tuelah kau akan pikir ruginya x mkn tue ini..paling aku craving roti canai garing..berbalik pada sakit gigi tue mula2 igt sakit gigi biasa tapi nie sekali package demam,.dah pergi klinik gigi n doktor ckp after gigi x sakit u dtg and kita tgk apa nak wat tapi bila ari ke 6 kot still bengkak lagi ahad tue aku pergi Annur bangi dan doktor syafiq pun terkejut knp bengkak mcm tue sekali. Pastu wat xray semua x nmpk apa2 biji ke apa tapi bengkak je. Then esok dia wat refer kat pakar ent annur tapi aku decide nak pergi columbia puchong lagipun dekat. Esoknya pepagi lagi aku dan rusdi dia mc aritue coz nak bawak aku g spital. Sampai pagi and jumpa doktor muzammil general surgeon. Wat xray semua then dok muzammil cakap kat bawah dagu aku dah ada nanah. Mulut memang takleh nganga babe..sib baiklah aku x mkn apa2 so minor operation blh wat trs kul 2pm.lega aku dengar..dah tak thn babe sakit..kul 2 masuk bilik ot.Gila 1st time masuk sejuk okeh..sejuk2..doktor bius kira 5 trs aku padam.Rasa mcm tido pulak 1 jam lebih jugak dalam ot then nurse kejutkan aku.rasa sejuk wehhh..rasa sampai ketulang itam sampaikan nurse kena letak hot aircond ke apa entah nama dalam selimut aku. Aku dgr nurse ckp owh awak x thn sejuk yer..aku sempat jwp memang saya tak thn. Baru aku rasa mamai..lalok penangan ubt bius. Sedar2 rusdi ada kat tepi. Mlm tue rusdi x jaga so aku tido sorang..nangis wehh igt anak2..lagi2lah raisya.

Esoknya tue doktor muzammil dtg n check dia ckp banyak nanah n dia dah call pakar jaw n oral datuk dr noor awang utk jumpa aku. Nak jadi citer dua doktor yg handle case aku. Tunggu punya tunggu ari ke 4 br dr awang dtg. Sebab dia dari SJMC tapi part time kat Columbia. Memang sempoi abis.org penang. Dia dtg n tgk keadaan aku n cek bagai semua dia ckp ok nanti isnin kita buang wisdom tooth then awak dah leh nganga. Senang hati weh dgr. Tapi nak menunggu isnin tue rindu wehh anak2. Raisya aku suh rusdi bawak 2 kali je sebab klu dia dtg dia nak nenen n aku takleh bg sebab ngah on ngan antibiotic..antibiotic lak 3 kali sehari  kena masukkan. 1 botol antibiotic mcm separuh dari botol air. Huh sakit tgn weh..kena cucuk. Lagi sakit bila kau kena wat dressing.tukar plaster kat bawah dagu tue..ohoii sakit2 sedap gitu tiap2 hari kena tukar. Masukkan kapas baru esok tue buang kapas masukkan kapas baru lak. Kat operate tue tak jahit. Ari isnin sampai kul 9am masuk ot room balik utk buang wisdom tooth tue. Setengah jam je tapi smpi skrg mcmana dr awang tue cabut gigi aku sbb aku xleh nganga. Terjaga rasa sakit weh lidah. Mesti dia selak lidah aku tue.. Sakit2..esoknya dr muzammil dtg ckp dah blh kluar tp every 2 days kena dtg followup. Rasa lega wehh. Sebab utama dapat jumpa anak2. Sedih weh tiap2 mlm nangis. Aku call rusdi rusdi ckp budak2 ok jee.ummi korang yg neng yatimah lebih. 

Kuar hospital mulut still takleh nganga aku just minum susu ensure aje n roti. Mana x kurus..aku trn 11kg. Mc pulak dok muzammil bagi sebulan lebih. Patutlah sebab 2 minggu sebelum masuk keje baru benang2 aku cabut dan baru boleh nganga. Sekarang nie pun klu nganga rasa jugak ngilu kat jaw. So klu ada sakit gigi ke apa ke cepat2 lah jumpa doktor.
Tuelah rupanya.bila aku tgk muka yg bengkak tue ohoii leh bayangkan sakitnya nyut..nyut..nyut...

Sekian lah citer ambo..so leh citer pasal anak2 pulak.

Wassalam

Tuesday, January 6, 2015

6 JANUARY 2015

HAHHHA..ok...dah 6 jan 2015..lama weh ckp nak update tak update2. kesian kat Riyadh ngan Raisya tak banyak citer ummi kat dia..tapi in sha allah ummi igt ok.. ada tulis kat buku perkembangan awak berdua. Apa kes update blog pagi buta nie yg tak buta sgt..sebabnya boss aku ngah meroyan kat dalam bilik so nak ilangkan stress aku baik aku update blog aku nie. Azam 2015..ye ke?hahahha..in sha allah..Dah add app blog kat dalam hengpong so lehlah update guna hengpong jugak. so ini mukadimah dia dulu..so nanti esok2 aku citer okeh..nak layan cerita boss pulak yg stress wat pms..hahahhaha
Rayyan and Riyadh..gambar lama..hihih..

oklah sambung layan citer sedih boss..kat dalam bilik...

wassalam

Saturday, August 16, 2014

HALLUUU

Salam malam Sabtu semua.. Tadi update blog bisness Shaklee..nie personal blog pulak. Tak tahu gapo dio nak cito. sambil teman Rayyan and Riyadh duk nengok citer minion kat TV3 sambil tue belek laptop. Raisya Delina tgh beradu ngan abah dalam bilik. Tinggal kekanda2 Raisya nie bila gamaknya nak tido. Owh aku ngah mc 1weeks..sebabnya sakit mata. satu family kena..huhh sakit weii mata wei...aku rasa klu ada sapa2 ngah shooting citer antu boleh pinjam mata aku nie..merah bak ang...huhh..kalah kata Maya Karin waa ckp lu...

Oklah nanti sambung balik okeh..tak tahu nak citer pasal apa..pasal raya..gambar nak transfer lagi..tunggulah yer. Tak sempat nak belek2 nie semua..time2 mc nielah boleh rehatkan badan..rehat ker?..rasanya tak...oklah ambo beransur dulu yer...tattatatatatta


wassalam

Thursday, June 12, 2014

HIHIHI...BARU INGAT PASSWORD

ASSALAMUALAIKUMMMMMMMM...

Weii lama giler tak menulis....sesaja je dulu nie...ok nanti smabung balik..ahakss..in sha allah...klu ingat...hihihihihi

Thursday, February 23, 2012

Rasa bersalahhhhh....aaahhhhhgggggggg

Arinie mood swing..rasa bersalah pada Rayyan..alkisahnya pagi tadi antar Rayyan p school..tetiba pas Salam nangis lak tak mau masuk school..mak mulalah nak hangin kan..tp cool dulu..teacher Aini pujuk pun taknak..last sekali aku cium pipi dahi is trs masuk kete..masa nie dah slow suara dia..so dlm kete duk pklah knp Rayyan ngis..br teringat psl smlm...alkisahnya..Smlm tanya dia ummi : how ur day, rayyan : good, ummi : what r u doing rayyan : baca book, sing, baca doa.. Ummi : ok bilang no 1 to 10..Oklah duk bilang2 tp dia lupa seven n eight..banyak kali Tanya kejap igt Knp tak..mak mulalah hangin..so sampai umah aku ckp no more games..baju sekolah ummi nak buang..rayyan ckp no ummi..no ummi..abg nak p school...pastu aku diam jer...mayb letih kot...mlm tue p Kedai ngan abah, abah Balik abah dia ckp kat aku, rayyan ngadu kat abah dia..huhuhuhuh. Terasa sgt ngan ummi gamaknya...huhuhuh..menyesallllll...rasa bersalah...I'm not perfect ummi...to rayyan, from bottom of my heart, I'm sorry. I promise never do it agin...ummi luv u......you are the super duper good son to ummi and abah...luv you Rayyan...huhuhuhuhu...waaaa

Tuesday, August 16, 2011

Salam Ramadan..hehehe

Salam Ramadhan..hehehe..lama sungguh aku tak menulis..kul 8.30 sampai kul 5.30 ada kat opis..kekadang sampai kat umah kul 6 lebih..time bulan pose nie boleh balik awal. pastu sampai aje umah main2 kejap ngan Rayyan ngan Riyadh, mandi, solat terus masak..pastu siap masak lak tggu hubby balik mkn sama2, basuh pinggan mangkuk, letak kain dlm mesin basuh, pastue layan anak2 jap, borak2 ngan en suami...tiga2 dah tido kemas umah lak..so time tido sekarang kul 11 lebih..pastu esoknya ulang benda yg sama..time pose sekarang nie lak hanya 3 kali jer beli juadah berbuka kat luar selebihnya mmg aku masak coz lagi sedap masak sendiri dari beli kat luar..kuih2 tue beli je lahh..heheheh.tak nak berceloteh panjang.,,Tentang anak2 pulak Rayyan dah nmpk tokoh as a big brother..pantang nmpk adik nangis mesti p kat adik pastu duk agah2 adik. Riyadh sekarang dah 5m++ still menyusu badan dah pandai meniarap.now nak bergerak kedepan lak...persiapan Raya ada 50% lagi tak siap.


itu ajelah aku nak update...hahahah..tgk2 thn depan lak br aku update..hahahhaha..nie pun disebabkan kul 8 lebih dah flat,,tidokan Riyadh ngan ummi2 dia pun tertido...pastu aku terjaga nie mata takleh nak lelap lak..ambik laptop terus menaip..heheheh...saya baru 2 hari bendera merah..heheheh..kepada kekawan hari Rabu nie cuti kan nuzul quran..so berbanyakkan lah amalan dibulan yang mulia inie...okies...salam ramadhan..nak sambung tido jap coz kul 4.30 nak kena bangun masak utk en suami bersahur..salammmmmmmmmmmm

Esk Dah Masuk March 2017

Salam semua Ok dah alang-alang aku buka laptop meh kita update blog. Ohoiii rasanya tahun nie tahun yg sgt hectic expecially keje. Sebabny...