Friday, March 27, 2009

3 Minggu berlalu

Tengah2 aku tengok calender..ternampak date yang aku tulis Amir Yusuf passed away.Ya sudah 3 minggu Amir Yusuf pergi meninggalkan kiter semua.Begitu terasa kehilangan kerana setiap pagi aku akan membaca blog abg fajar mengenai arwah..kini hanya membaca mengenao kerinduan mereka terhadap arwah.Last blog abg fajar selimut putih.Aku leh bayangkan perasaan mereka..sedih sangat tika ibu arwah melipat baju2 arwah..wa sebak aku membacanya. Tapi kini kiter hanya mampu berdoa semoga Amir Yusuf bahagia DISANA.Mungkin dia sudah mempunyai kawan dan gembira dan hanya Allah yang tahu Amir Yusuf juga merindui ibu dan ayah dan kakaknya. huhuhuh..:((..Doa kami sendiri untukmu. Al-fatihah..semoga dikau tenang disana anak...

Jiwang lagik

Arinie ari jumaat.wahh cepatnya dah jumaat..sejak umur aku dah lepas 25 thn nie aku rs setiap tahun akan cepat berlalu..wahh..dah nak dekat 30thn nie..mcm2 telah aku lalui..tp sudah cukupkan bekalan untuk dibawa KESANA.huhuh..Tetiba lagu siti lagik bermain dlm otak ak aku nie. Mula2 aku dengar lagu nie kat radio..Then dengar lagi dlm citer SPA Q 2..haah..aku igtkan aku jer yg layan citer tue tapi mu hubby pun layan jugak..klu tak jgn haraplah dia nak nengok drama2 leleh2 gini. Ok nie lagu Melawan kesepian..suka aku dengar..mulalah mengelamun..heheh

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu

Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan Kesepianku…
Nanti kita kan tahu

Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan Kesepianku…
Semoga kepergianmu

Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan Kesepianku…
Semoga kepergianmu

Tak akan…Semoga mampu kulawanKesepianku…
Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti....

Thursday, March 26, 2009

Lohh..Hujan Lahh...

Waa hujan lagik arinie..mintak2 lah jgn sampai kul 5.30pm..klu berterusan mcmana aku nak kelik wooo..dahlah LDP Sunway tue jem giler..waaaa..tulung..tulung...kilat sambung menyabung tue..wahh..aku kat Plaza Kelana Jaya nie..Tadik aku ke pantry aku tgk Highway LDP dua2 arah jem..waaa......

Menjawap Tag 1

Tag nie dari Mel~Mummy Mika, Jiey~Mama Ian dan Ibu Arifa..hebat gitu dapat Mum Of The Year Award..Hebat2kan aku..cewah..mayb hebat kot.

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!Awful?
Syukur sangat coz dapat lahirkan Rayyan dan merasakan hidup ini sudah "complete"(walaupun rs tak complete sgt pun heheheheh)sebab ada kerjaya, suami dan anak. Rayyan selalu wat ummi tersenyum, gelak, nangis(1st nangis bila tgk Rayyan 1st tym bila doktor letak atas perut after deliver). Dulu masa 1st masuk keje tglkan Rayyan umah bbsitter nangis wo..seminggu jugak tingat kat Rayyan. Pastu RAsa diri nie tak baik sgt sebab mula2 nak biaskan masa tue sungguh letih dahlah keje, balik kena masak, lipat kain..tapi sib baik hubby yg basuhkan kain..heheheh..mmg letih sungguh..selalu mengeluh dan satu hari hubby ckp jgn mengeluh sbb ada Rayyan coz dia amanah Allah..kena jaga elok2. So dgn ayat tue sampai skrg klu ummi nak naik angin dgn karenah Rayyan ummi akan igt ayat2 yang abah ckp tue. Tapi anak adalah pembawa rezeki. Memang betulllll..untuk suami kesayangan terima kasih abang kerana tolong sayang..

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
1) Ummi rasa bertuah sgt coz Rayyan tak banyak ragam. Nangis pun susah. Itu pasal ummi nyakat Rayyan sampai Rayyan nangis.
2) Ummi suka bila ummi susukan Rayyan. Tangan Rayyan akan sentuh muka2 ummi, gosokkan tangan ummi
3)Ummi suka bila bangun pagi Rayyan akan diam jer dan bila dpt ummi terus senyum..so sweet..wat ummi geram jer.
4)Ummi suka sbb Rayyan tido awal
5)Sebelum tido ummi dan abah akan layan Rayyan borak. Abah selalu ckp Rayyan be a good boy k, care of ummi n abah, jg adik2 dan selalu doakan ummi dan abah dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik
6)Ummi suka tgk Rayyan bila duk dlm walker. seluruh pelusuk dia pergi. Paling kelakar klu benda tue dia nak dpt.memanglah tak dpt bila dia tolak dengan walker kan benda tue akan bergerak jugak.
7)Apa2 pun tak boleh terucap dengan kata2 yang ummi bahagia dengan adanya Rayyan disisi ummi dan abah.

3. Send this to 8 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you
1)Mel ~ Mummy mika
2)Jiey~Mama Ian
3)Kak Anis
4)Ibu Arifa
5)Jue ~Ibu Iman
6)ALLyani ~Mama damia
7)Mama Qaisara
8)Ema - Mama Yasmeen
(tahu ada yang dah jawap..hehehe...klu nak jawap lagik ok jugak..)

Wednesday, March 25, 2009

Kerungsingan :((

Kerungsingan terjadi jugak dlm hidup aku..huhu..mcmana nie..rungsing.semuanya sudah terjadi..apakan dayaku untuk melayan takdir..Wawawaaaaaaaa...tolonglah bukan niat aku tapi ianya terjadik jugak 2 hari lepas.aku ingin menafikannya tapi apalah kudratku..tapi aku bersyukur masih ada untuk dirimu walaupun tidak sepenuhnya dari diriku. maafkan untuk semuanya..untuk kali kedua dah seterusnya akan kucuba sedaya upaya untuk kekalkan nya..huhuh..maaf untuk semua..huhuhuh
:((

Alhamdulillah

Semalam aku AL coz nak bawak Rayyan pergi last followup pdl forehead dia. Sepatutnya appointment kul 8.00am tapi kitaorg terlajak tido.pulak tue kan smlm hujan dr kul 6lebih pagi lak tido..pas subuh sambung tido..sodap sungguh. terjaga kul 7.30 huhuh..tapi still slow2 bersiap. wat pe p awal2 kan. p awal2 pong mesti lambatnya lah jumpa doktor. dahlah slow angka giliran bergerak.huhhu..Sian kar Rayyan pagi2 dah kena mandi. Kitaorg kuar rumah dalam kul 9am. Hujan lebat giler, hubby berhenti kejap kat site dia kat precint 15 nak inform kat boss dia. Sampai hospital serdang dlm kul 9.45 Rayyan tido n hubby cari parking. Daftar kat kaunter then masuk ke bahagian PAED.No giliran masa tue 2006.aku dpt no 2025..waaa lama giler tue..dpt no nurse suh p timbang n ukur dulu bb. Rayyan pakai romper yg tertulis here comes trouble. nurse yg cek timbang n ukur panjang dia ckp oo awak nak bg saya masalah yer..sambil gelak2 kat rayyan. Nurse ckp Rayyan budak baik coz Rayyan tak nangis atau wat perangai.Alhamdulillah.masa duk tggu tue Rayyan dah 2 kali tido. sambil2 tggu kitaorg p jalan2 ke kantin nampak ward NICU yg Rayyan pernah jadik penghuninya selama seminggu. then teringat aku jalan kaki kuar dr NICU ke kawasan kedai nak beli wet tisue..mlmnya aku demam. kena marah ngan hubby sbb dia kata takleh tgu ke dia yg nak pergi jalan jauh2 tue nape..dia ckp sayang tue dahlah banyak jahit terkoyak nanti mcmana..huaahuaahuaa..ngeri2..lain kali sayang tak wat lagik. Dlm kul 11.45 baru dpt jumpa doktor. Rayyan tido tym tue. Doktor check pun dia tak terjaga. Doktor ckp ok pasal forehead bb teu birthmark aje mak bb tak perlu risau yer. Then aku ckp boleh hilang ke doktor. Dia ckp boleh. dun worry. then aku tanya jugak doktor sbb rayyan pepagi pernafasan dia cam susah cam bunyi berkahak. doktor check doktor ckp takder apa. So everthing its ok paru2 n jantung semuanya baik. Then doktor cakap bulan 5 nie dtg for last ceckup utk Hearing lak kat ENT. Syukur semuanya berjalan dengan lancar pada hari semalam...

Monday, March 23, 2009

Rayyan Duduk


Start 19/3 aritue Rayyan dah pandai dudk tapi kena dudukkan dia baru dia leh duduk. Nak duduk sendiri tue belum lagik. Tapi suka sgt tgk Rayyan duduk tengok tv..klu kiter panggillah byk kali huhh tak paling pun kat kiter.Nie gambar Rayyan duduk ok. Abah dia lagilah speechless. Aku dah ckp Rayyan leh duduk dia tak caya. Tgk2 depan mata dia aku dudukkan Rayyan..dia ckp kat Rayyan.."wah anak abah dah pandai duduk"..si Rayyan senyum2 chumel gitu..hehheheMasa nie kitaorg tido umah abg rudy aku

Nie lak masa kat umah. Layan Rayyan main

Rayyan Nangis

Nie muka Rayyan klu nangis..sapa yg sebabkan dia nangis?akulah..gatai sesaje je wat marah2 tiba nangis..sian Rayyan dahlah baru bangun tido tiba2 ummi marah Rayyan..sebak aku tgk muka anak aku nangis..sowi yer Rayyan lain kali ummi tak marah Rayyan. Ngn sekali ngan aku nangis..sedih sgt tgk muka dia..ampun Rayyan..ampun..Mula jebek jer mukanya..merah semua muka kena marah buat2 ngan ummi

Ambik ko Rayyan nangis..tym nie aku pun nangis..waa..sowii2

note://Untuk Rayyan sayang..ummi mintak maaf yer..ummi saje je nak wat Rayyan nangis..sebab Rayyan jarang nangis. Rayyan anak yg baik untuk ummi dan abah..bertuah hidup ummi dpat Rayyan.Syukur sgt2..muah2..cayang Rayyan

Yana Buat Makan2

Sabtu lepas malam Puan Norhayana Daud a.k.a Yana buat mkn2 kat umah dia..actually dah lama aku tak jumpa dia.Last aku jumpa yana masa yana kawin bulan 5 tahun lepas. lepas teu ari sabtulah kitaorg jumpa balik. kitaorg still contact ngan ym atau pun phone jer..mlm tue aku jumpa leli n liya jer. Ann takleh dtg coz p umah MIL dia, emek ngan fara lak tak thlah apa citer. Mlm tue yana wat laksa ngan special utk aku dia wat bihun singapura coz aku still pantang lagi mkn laksa.walaupun laksa tue peveret aku tp kenalah thn coz aku still pantang lagi woo..Yana nie member aku masa itm kat perak satu course.dorang panggil kak long coz aku yg tua..dorang semua budak fresh spm dan aku lak masuk lmbt. Leli still single yg aku thlah tp tak tahulah belakang aku kan. Si Liya lak dtg ngan hubby ngan hero dia dua org si afiq ngan si aiman bulat. Afiq dah kurus dah.Aiman pun dah tak bulat cam dulu. LIya nei best masa aku duk dlm ward pas bersalin dialah bawak nasi+ikan haruan stim+kurma..sodap woo liya masak..nie pic2 masa kat umah yana. Ngan Autie leli..u make me cry lah..wawawaa

Liya's family

Ngan liya..cubaan rayyan menarik tudung mama liya

Huhuh..sabar ye aiman bulat


note://SiRayyan pantang tgk org tgn mulalah nak gapai nak tarik rambut atau tudung. huhu..dia wat perangai sebab tym tido dia dah terlepas..sowi yer Rayyan..ala sekali sekalakan ummi bawak Rayyan kuar mlm..Tuan rumah pulak takder dlm gambar coz sibuk didapur.

Saturday, March 21, 2009

BiarLah Rahsia

TEngah2 aku buat keje ternyanyilah pulak lagu nie..kenangan2 dolu2..ahaks..neway lagu nie mmg best,,paling touching lah..huhuhu


Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan


Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia


Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

Friday, March 20, 2009

Arinie Hari Jumaat

Arinie ari Jumaat yerr.Wah..bosannya..aku nak balik..aku mengantuk dan penyakit M tiba2 menjelma..
Malas nak wat keje..boleh tak??
Malas nak menaip..tapi taip blog nie apa?aku nak luahka lah..lol..
Malas nak bangun pagi..nak tido jer.
Malas lipat kain..tapi aku jugak kena buat.sapa lagi klu bukan aku
Malas nak basuh kain..hahah..selama nie hubby aku yang basuh pong..
Malas nak drive..tp kena drive jugak..tgu ari sabtu jelah hubby aku yg antar dtg keje
Malas nak masak..abg mlm nie kiter beli kat pasar mlm jelah yer..
Apa2 pun aku sebenarnya nak balik umah aku..nak main ngan Rayyan..rindu sgt kat budak chomel tue...........

SEdiH

Pepagi aku dah sedih..tadik otw dtg keje kat puchong perdana tue ada anak kucing mati kena langgar..sedih aku..kuar airmata aku..tuelah manusia(aku pun manusia jugak) lain kali bawak kete slow2 sikit..huhuh..sedih ;((...anak kucing tue kaler oren..sian anak kucing tue..huhuhuh

Wednesday, March 18, 2009

NICU

Aku dapat tatap wajah Rayyan hari ke2 pas aku deliver sbb masa 1st day tue Rayyan terus dimasukkan ke NICU then aku dimasukkan kebilik. Keesokannya br aku dpt pergi NICU jumpa Rayyan tue pun dlm kul 2 ptg..Hangin tul..Apa perasaan aku nak jumpa Rayyan?Terujalahh..dan semestinya berdebar2. mcm2 duk pk dlm otak nie..mintak2lah anak aku takder apa2. ..wah..teruja sgt tgk wajah Rayyan tido nyenyak dia.then nurse kat situ ckp mak bb nie ke?aku ckp ahh..dia ckp leh ambik bb susukan bb..wah tak terkata aku tym susukan Rayyan..hisapan dia tue wahh sebak siott....aku dah jadik ummi dah..pengalaman yg aku tak dpt lupakan..tp aku tak duk lama sbb hubby aku suh aku balik rehat esok br dtg lagi..then aku ckp kat hubby aku "abg esok syg nak tido sini temankan Rayyan sampai Rayyan kuar boleh tak"..hubby aku jawap "boleh"then bermula eosknya aku bersama Rayyan. Utk hari pertama n kedua aku tido kat NICU aku just tido atas kusi jer sbb bilik ibu dan anak penuh..walaupun sakit badan ke, banyak jahit ke..aku jahit byk tue dlm n luar..waa ngerii.. apa ke aku tak kisah asalkan aku bersama anak aku n dpt bfkan Rayyan..then hari k4 br aku dpt katil n bb. Paling takleh lupakan tym doktor nak injcet ambik darah atau nak masukkan ubat..wawaa..setiap kali itulah Rayyan nangis..tak snggup aku woo..aku pun nangis sama.kat situlah aku kenal ngan liza mummy iris, kak am ummi fawwaz dan kak ros anak dia lupa nama. dan kat situ jugak aku leh tgk budak2 yg premature, bb yg kena pose lah,bb yang kena jaundis. dan yang paling sedih bb yang tertelan darah mak dia..tue nurse yg bgth..bb tue muntah kuar darah mak dia..then doktor tak th nak cucuk ubt kat mn then last sekali doktor cucuk kat tepi kepala dia..tp syukur sgt sbb bb tue dpt kuar dah..tak jadik apa2 yg buruk kat dia. Dan mcm2 ragam aku tgk si ibu..yelah kitaorg duk sn bulan pose semua pk nak balik nak wat persiapan raya..muakakak..padahal semuanya homesick termasuk aku..hehehe..then mkanan lak suami aku yg bawakkan sebab tahu2lah mknan kat spital..terujanya..takleh mkn sbb pantang woo..mknan aku dlm pantang ikan haruan bakar/stim,halia muda,lada itam,nasi putih..waa sedapnyaaaaa...mcm2 kisah kat NICU.paling aku geram mak yg tgglkan bb kat ward..kasihan kat bb tue nangis nak susu. si nurse lak akan bg susu ikut tym..aku yg yg lain lah yg p pujuk si bb yg nangis..sedih sgt..sampaikan ada sorang bb nie sampai muntah tp nurse wat dek jer..berak pun..kasihannya..lainlah klu bb yg betul kena pemerhatian doktor kan..nie tak bb yg mcm tue mak nya tinggalkan..tghari br dtg..kasihan2 kat bb tue..pastu ada sorang adik nie br masuk jer esoknya nangis..kitaorg tanya knp nangis igt kat suami ke?dia ckp taklah igt kat mak. mak ada kat umah tue..kitaorg senyum jer..aku pun nangis jugak..apanya aku igt kat hubby aku lah..yelah kasihan dia nak pegang Rayyan tak boleh sbb dia selsema n bilik kitaorg lelaki tak leh masuk then dia dtg lak Rayyan tido..pas kuar spital happy sgt dia..mcm tuelah kisahnya aku kat spital..

Emosi Bercelaru

24/3/09 nie Rayyan ada checkup kat PAED Klinik Pakar Serdang pasal capilary hemo..bla..forehead apa entah tak retilah nak eja sebab kad checkup Rayyan tinggal kat umah. Hubby ckp takyah lah p..tapi hati aku ckp aku nak p nak th jugak takut ada kesan2 sampingan kat Rayyan..kalau perhatikan gmbr Rayyan betul kat dahi tue ada tanda merah. Masa mula2 dia kuar lagilah terang kaler merah tue.Tapi doktor kata tue cam birthmark but doktor wat follow up.So perjumpaan pada 26/3 nie perjumpaan kali ke-3 kitaorg pasal forehead Rayyan tue..Tapi masa 2nd tym jumpa doktor ckp its ok ermm just takder apa2 sbb doktor takut bersangkut ngan urat2 darah..cam tuelahlah maksud .Tapi masa Rayyan mula2 kuar tue cuak jugak aku yelah, aku lahir Rayyan secara vacuum siap ada bentuk bulatan kat kepala dia then bulatan itu cam bekas melecur tau garisannya then kat forehead merah..aku igtkan bekas vacuum but doktor ckp birthmark..now birthmark tue merah dia cam semakin kurang..Then 20/5/09 ni elak Rayyan kena p checkup kat ENT Klinik Pakar Serdang kat bilik Audio untuk ujian pendengaran. 1st ujian lulus dengan jayanya..nie utk lats ujian..aku ada tanya doktor kenapa Rayyan kena wat ujian nie semua sedangkan Rayyan bb sihat, siap terkejut klu bunyi kuat. Doktor ckp tak semestinya sbb doktor takut utk pembelajaran dia nanti,,tapi aku still tak faham nti aku p aku tanya lagi doktor then aku explain kat blog nie.Sebab Rayyan kena buat ENT/AUDIO ini kerana masa lahir Rayyan tertelan air ketuban aku..huhuhu..p nak th detail lagik aku tanya doktor nanti k..dan pasal tuelah Rayyan kena admit kat NICU 4 hari pasal deliver then 3 hari pasal jaundis.

Tuesday, March 17, 2009

Termanggu Seketika...

Kenapa tajuk atas macam tue sebab aku rindukan hubby aku...waaa abg cepatlah balik...tuelah klu ada nak gaduh manja2 jer..klu takder rindu lak..heheheh..tapi pepepun sayang sayang abang..cepatlah balik.Rayyan rindu kat abang...huhuhuhu

Monday, March 16, 2009

Weekend Rayyan

Hari minggu aku sempat merakamkan gambar Rayyan menolak baldi..berusaha sungguh anakku itu untuk dapatkan baldi tue..hehehe..tengoklah gelagatnya..

Wednesday, March 11, 2009

Gambar ngan Budak2 Netball

Nie gmbr aku ngan geng2 netball uitm Perak. aku masa karisma kat kelantan kalah ngan Uitm Melaka..huhh..klu tak boleh masuk akhir..kan aku ada janji aku nak letak gmbr budak2 netball aku kan...dan tak lupa jugak gmbr aku ngan mamat ensem..ensem tue..masa aku konvo sempat jugak ambik gmbr ngan dia..kitaorg konvo sekali tapi lain jurusanlah aku Fakulti Senibina Perancangan Dan Ukur dan dia lak Fakulti Persembahan..


Nie masa kitaorg wakil Perak Tengah..budak2 Uitm je semua

Yang paling kiri tuelah arwah cikgu rozman..nie masa terbuka UTP..kitaorg tempat ke-3..

Duk jauh sikit sebab pakwe aka suami aku ada tym nie



Weekend Pergi Ikea

Cuti 3 hari aritue aku pergi ikea ngan kak long aku, anak2 dia abg din, kakak n adik dan juga suami aku ngan sapa lagi klu anak bujang aku Rayyan..ramai giler kat Ikea tue..huhh..Rayyan jumpa geng tp anak aku tue jual mahal..budak tue tua sebulan dari dia..budak tue tegur bahasa bb dia wat dek jer..huhh..nie dia aku snap gmbr dia..masa p Ikea sempatlah aku rembat 4 barang..muakakakaka
Budak tue tegur dia wat dek jer pas tue..

waaa..rayyan masuk separuh je dlm gmbr lah kakak

Kebosanan..masa nie kat umah kak long aku..kitaorg tido sana..

Menjawap Tag Dari Jue..Jawap satu dulu yer Jue..

Jue minta maaf yer lambat jawap soalan..muakakaa..kebz membataskan ku untuk memerah otak ini..Nie dia soalannya

So, Rules and regulations:
1)Make a list of what u want for your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours
a) Make a list of what u want for your birthday?
1) Harap sangat supaya hubby aku ingat bday aku nie..dahlah tahun lepas aku dlm pantang boleh dia wat lupa..tghari baru wish..sib baik aku tak meroyan..sensitif woo dlm pantang..
2)Nak sambut bday aku bersama hubby En.Rusdi ngan anak bujang aku Muhammad Rayyan Danial.
3)Semoga rumahtangga yang kami bina ini berkekanalan keakhir hayat..
4)Semoga kasih sayang diantara kami sekeluarga tidak pudar dan sentiasa mekar sehingga akhir hayat..
5)Semoga Allah beri kesihatan dan kesejahteraan kepada aku, hubby aku dan anak bujang aku dan tak lupa juga pada keluarga aku.
6)Semoga rumahtangga aku dilimpahi rezeki dan cahaya ilahi..amin..
7)Semoga Muhammad Rayyan Danial membesar dengan sihat dan sempurna dan menjadi anak yang berjaya didunia dan akhirat
8)Aku nak HP sony dari my hubby..tuntut jugak..
9Aku nak kek secret resipe masa celebrate bday aku..muakakak
10)Semoga segalanya dirahmati oleh Allah..amin..doakan kebahagian dan kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga..

Aku nak bagi tag nie kat :
1) Jie ~ Mie
2) Kak Anis
3) Lia
4) Mama Qaisara
5) Linda onn - kalau dia baca comment aku..muakakkaka
6) Nurul - mama hafeez
7) Ninie
8) Ami
9) Ina - ibu nabila
10) Ladysya aka Zhana

Saturday, March 7, 2009

Al-Fatihah Buat Amir Yusuf..Anak yang kuat...

Pagi tadik tersentak aku membaca blog abg Fajar..mula2 igtkan biasa jer..tp bila bc comment semua bg takziah..aku cam terkedu dan tak tahu nak kata apa..terima kasih xis coz bagi berita detail kak kiter..sebagai seorang ibu aku tahu apa perasaan mereka ketika ini..tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..patutlah otw dtg opis tadik aku rasa tak sedap hati..tetiba aje ingatan aku pada amir yusuf..sebab sehari dua dia aku banyak bercerita kepada suami aku pasal amir yusuf..entah pagi tadik dlm hati aku aku ckp sampai opis aku nak baca blog abg fajar...mmg aku tak sedap hati..buat Amir Yusuf semoga anak ditempatkan ditempat org yang DIA kasihi..kerana dikau insan yang DIA sayangi..semoga rohmu sejahtera disana..buat Abg Fajar dan Kak Anis..kalian begitu tabah dan kuat..semoga kalian tabah menempuhnya..Buat Najla semoga Najla sentiasa membahagiakan ayah dan ibu..salam takziah dari bumi Malaysia..salam dari kejauhan dari Rusdi, Roselin dan bb Rayyan

Wednesday, March 4, 2009

Anak2 SedarA..

Akhirnya dapat jugak aku gambar anak2 buah aku..huhuh..nie aku tempekkan gambar2 mereka yang seramai 16 org..Kalau dikira2 arwah mak n arwah aku aku ada cucu seramai 19 org. Aku lak ada anak saudara seramai 18 org.huhuhuh..tym raya pening nak bg duit raya..muakakkaka..
1) Muqri Shahir - 7 thn
2) Adam - 10 thn
3) Rayyan aka anak aku lah tue - 5 bulan ++
4) Azri aka Abe - 14 thn (masa dia kecik sebijik muka cam rayyan. nanti aku letakkan gmbr dia masa kecik)
5) Danish - 5 thn
6) Aqil - 9 thn



Nie lak ahli2 jawatan kuasa apa entah dorang gelarkan diri mereka..lupa akulah..dan yang paling best ialah anak sedara aku yg paling besar umur 18thn..kitaorg mcm kakak ngan adik..pantang aku balik kampung mesti dia nak dtg lepak sama..dia ckp pas aku kawin takleh dah nak tido sekali..hehehehe..pastu baju kitaorg pun sama size. kalau baju aku takder aku pinjam bj dia je...


Monday, March 2, 2009

AKu POse Arinie

Harinie aku puasa..smlm tak bangun sahur pun..en.rusdi kejutkan tapi mls rs sgt bdn nie nak bgn..tp dlm otak ngah pk nak makan biskut ngan susu..tp badan nie rs mls nak bgn jer..huhuh..so arinie rs cam lembik jer..kalau jue ada 28 hari aku lak ada 24 hari lagi..waawaawaaaaaaaaaa....dpt ke tak aku abiskan..mintak dpt lah..br sonok pose nanti..pastu b aku lak dua2 belah rs cam pedih. b belah kanan ok walaupun pedih tp tak merah b belah kiri pedih merah..tp klu Rayyan hisap still ok lagiklah walaupun pedih..nie semua anak bujang aku tuelah..dah pandai gigit..huhh kalau dia geram b aku yg jadik mangsa..nurul ada bgth ms feez gigit dia ttp hidung feez kejap..aku nak wat mcm tuelah...huhuh..apapun aku happy coz rayyan still bf..yabedabedoooooooooo..nak wat makanan utk Rayyan lah minggu depan coz dah masuk 6 bulan dah dia..tak sabar2

Esk Dah Masuk March 2017

Salam semua Ok dah alang-alang aku buka laptop meh kita update blog. Ohoiii rasanya tahun nie tahun yg sgt hectic expecially keje. Sebabny...