Wednesday, December 31, 2008

LELAKI DAN WANITA

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...
terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam Wanita
yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....

Tuesday, December 30, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430


Salam Maal Hijrah, Selamat Tahun Baru Islam 1430.nielah new year kita..satu penghijrahan, suatu pemindahan. Tarikh penting dimana memperingati penghijrahan NABI MUHAMMAD S.A.W dari Mekah ke Madinah..dan dari situ bermulalah kalendar tarikh islam yang pertama..

"Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan..

So mcm biasa bacaan doa akhir tahun dan awal tahun mesti dibuat dikala maghrib menjelma. Dan buku lama ditukar buku baru..berapa banyakkan amalan kiter ditulis dibuku itu..lalu diangkat dan simpan untuk pembacaan pada hari pengadilan..huhh..insaff..takut..semua ada dlm otak nie..aku hanya insan kerdil yang masih terlalu banyak kekurangan..Dan kini buku baru menjelma so akan aku tanamkan azam yang sama..
Azam dan harapan aku pd tahun 1430hijrah nie :
~ Aku ingin menjadi insan yang taat dan sempurna pada perintah-NYA
~ Aku ingin menjadi anak yang terbaik dan sempurna kepada arwah mak dan ayah dan mertua
~ Aku ingin menjadi isteri yang terbaik dan sempurna kepada suami aku yang tercinta En.Rusdi bin Zakaria (En. Rusdi cakap aku keras kepala..hehehe..ampun abang..ampun)
~ Aku ingn menjadi ummi yang terbaik dan sempurna kepada anak2 aku.kepada Muhammad Rayyan Danial jadilah anak yang terbaik dan sempurna didunia dan diakhirat..ummi sayang Rayyan.
~ Aku ingin menjadi pekerja yang terbaik dan sempurna kepada majikan aku.
~ AKU INGIN MENJADI MANUSIA YANG TERBAIK DAN SEMPURNA DIDUNIA DAN DIAKHIRAT..insyaallah..
Harapan aku moga apa yang aku hajati ini dilimpahi oleh-NYA..harapan aku semoga rumahtangga aku dengan suami tercinta berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi cahaya keiman dan rezeki didlm rumahtangga kami. Pada abang smeoga abg berjaya dlm hidup dan menjaga keluarga kiter dengan cara yang terbaik dan sempurna. Harapan aku pada anak aku Rayyan semoga menjadi anak yang terbaik dan sempurna pada ummi dan abah..moga rayyan dilindungi oleh ALLAH S.W.T sentiasa dan berjaya didunia dan diakhirat. Apa lagik ekk??? dapat bernafas, makan, tido..alhamdulillah..
namun maybe kite tau some people out there yg mmg desperately need a change in their life.especially saudara islam kite kat palestin jauh nun disana. juz iamgine berapa lame dorang ditindas, diseksa, kehilangan orang tersayang kat tanah air mereka sendiri. Sedih sgt berita pasla dorang..bangunlah wahai insan..kenapalah mereka ditimpa musibah begina..KEJAM, ZALIM, BODOH PUNYA ISRAEL!!!!!!!jadi sampai bila diaorang nak menderita camni??who knows..but hidup dan masa depan mereka kat sana mayb will be change if we change the view of awareness towards other muslim there..maka berubahlahh...
SALAMM....

Saturday, December 27, 2008

Rayyan BErsaMA AbahnYA

Hari ini aku keje n my hubby en. rusdi cuti. Selalunya aku antar rayyan ke bb sitter wlpun abahnya cuti. but today bb sitter dia takder kat umah just tingal bibik dia aje. So better aku tgglkan rayyan pada hubby aku. Yelah tak berapa yakinlah sgt kat bibik tue. So bermulalah pengalaman pertama En. Rusdi menjaga Rayyan arinie. So today aku bangun awal coz kena siapkan bfast utk En. Rusdi n mandikan rayyan. So kul 8am rayyan dah siap mandi dah n bfast utk EN. Rusdi dah siap. aku buat teh o ngan nasi lemak utk En.Rusdi. Tak lupa bagi susu dulu kat rayyan before p keje n susu utk rayyan ms aku p keje aku dah panaskan n letak dlm warmer. so en.rusid leh ambik je n bg kat rayyan terus. dalam kul 10.35 En.rusdi call :

En.Rusdi (abah): assalamualaikum
Ummi : Wsalam. kenapa bang?
En.Rusdi (abah): adik(panggilan rusdi pada rayyan) beraklah sayang
ummi : ermm..abg kena basuh nti klu lambat basuh bontot dia jadi merah.
En.Rusdi (abah):Macmana nak basuh (sbb selalunya klu aku ada aku yang basuh, n dia tgk aje n agah2 rayyan)
ummi : Klu abg tak reti basuh kat toilet, abg p kat singki n abg halakna bontot rayyan kekepala paip tue. jgn lupa letak sabun jugak. tapi before tue abg kena letak pampers awal2 kat katil takut tak biasa nanti
En. Rusdi (abah): Ok..assalamualaikum
ummi : Wsalam.


So far sejak ada anak nie En.Rusdi metsi cepat balik kerumah. Rindu sgt kat rayyan katanya. So harap En.Rusdi kat umah tue leh jaga Rayyan jap lagi sayang balik..skrg dah kul 12.30..setengah jam lagik..Isnin nie cuti awal muharam..yahhhooooo..oklah nak sambung wat filling nie n bg document kat boss. Nti ada masa aku taip lagikk

Friday, December 26, 2008

RayyAn Dah BerJaya Meniarap..

Semalam on 25-Dec-2008 aku ngan Rayyan tinggal berdua aje. my hubby keje lak sebab ada site measurement ngan consultant. So tgglkan aku ngan bb Rayyan. Tak byk aktiviti pun..tapi sejak pagi tadik ms i get prepare bfast to my hubby rayyan dah berjaya meniarapkan badan nya..congrat my bb..but masa tue aku tak sempat nak snap dia meniarap. But after dia mandi aku sempatlah snap gmbr dia meniarap..tengok yer
Masa nie Rayyan ngah membalikkan dirinya..heeheh

Tak putus asa Rayyan nak pusing jugak tuee..


Yess..yes..ummi i can do it!!!!

Wednesday, December 24, 2008

1st AnniVersaRy..on 9 - DeC - 2007

Hahaahhah..tahun baru 2009 akan menjelma tak lama lagik..nie aku nak update pasal 1st anniversary perkahwinan aku ngan hubby aku siapa lagi kalau bukan En.Rusdi bin Zakaria. Masa tue kitaorg balik kelantan coz my kakak kawin on 6/12 aritue..so pagi2 9-Dec tue En.Rusdi bangun awal n masa tue sebenarnya aku dah bangun tapi nak tgk en.rusdi ingat ke tak anniversary kitaorg. yelah ms birthday aku dia lambat wish apa lagik merajuklah aku..nie bila aku bangun aku buat dek aje wat mcm tak igt apa2..tiba en.rusdi dtg n ckp happy anniversary sayang..Wahh..en.rusdi igtlah..sukerr...suker....(so takleh citer kat sini apa yg terjadi pastu)..
Cepat aje masa berlalu mula2 kenal, pastu bercinta, pastu tunang n kawin n sekarang dah ada permata hati hasil cinta kami berdua.Kat sini aku letak gambar masa kami bercinta sampai kitaorg kawin..kuang..kuang..kuanMasa ikut en.Rusdi balik pahang .Masa nie belum kawin.

Masa nie dah kahwin..ngadung kat Rayyan 6 bulan. naik eye of malaysia..hehehhe.kekembangan muka terserlah..heheheh

Now kami dah bertiga..syukur alhamdulillah

Aku bercinta ngan en. Rusdi selama 4 tahun 5 bulan sejak 11-July-2003. dah kami berkahwin pada 9-Dec-2007. Betul2 ngam ngan plan yg en.rusdi wat. katanya nak couple 4 thn n after that terus masuk minang n kahwin dan alhamdulillah Allah makbulkan doa kami..So sekarang hidup kami lebih bahagia dengan kehadiran En.Muhammad Rayyan Danial..dah semakin lasak.Putera kesayangan ummi dan abah. Apa nak adik untuk Rayyan??hehehe..tgulah 3-4 tahun lagik..insyaallah...


Monday, December 22, 2008

RAYYAN DARI UMUR SEBULAN SEHINGGA 3 BULAN

Sedar tak sedar Muhammad Rayyan Danial dah umur 3 bulan 10 hari. cepat betul masa berlalu..Rayyan sekarang semakin lasak, dah pandai dah nak marah kalau lambat bagi susu, dah pandai jebek dah bila kena marah, dah pandai mengiring dah..sikit lagi nak meniarap lah tue. Suka sgt bila aku bacakan buku 'Imagine me when i growing up. Dalam buku tue ada growing up to be police officer, doctor, fire fighter, millionaires, astronouts. sambil aku baca sambil mulut dia bercakap "egeyeyeygeegyeg" berat pun dah 6.5kg dah.oklah sebab dia pun panjang dah..Rayyan nie aku perasan pantang jumpa doktor. sebab apa aku kata mcm tue..sebelum jumpa doktor diam aje..masa jumpa doktor "egeyeyehgeeygeyeye" rasanya dia bercakap ngan doktor. doktor lak melayan aje dia ckp. Alhamdulliah kena cucuk kali ke2 nie dia tak demam nangis pun tak ms kena cucuk..huhh..terkejut jugak aku.
Dialah permata hati aku ngan suami aku. Kalau duk kat opis mesti tingat mulut dia yang asyik merepak apa pun aku tak faham..tapi yang pastinya Harap Muhammad Rayyan Danial menjadi anak yg baik, taat pada Allah n ummi n abah, leh jaga adik2 dia nanti, dan menjadi insan yang berjaya didunia n akhirat
Dah umur 3 bulan dah anak ummi


Masuk umur 2 bulan..baru pas kena cucuk..demam..tapi tido nyenyak aje

Rayyan umur sebulan..dah lasak dah tido

Rayyan baru 20 hari



Esk Dah Masuk March 2017

Salam semua Ok dah alang-alang aku buka laptop meh kita update blog. Ohoiii rasanya tahun nie tahun yg sgt hectic expecially keje. Sebabny...