Ingat tak entri kat bawah ada aku cerita "bila tiba masanya aku ceritakan..so nie adalah kenangan aku bersama arwah mak aku...Erm tanggal 3/11/06 pukul 10.05pm emak telah meninggal kami sekelurga. pergi dengan tenang ketempat asalnya. walau begitu pahit untuk aku menerima semua ini, tapi hati ini perlu tabah, perlu redha dengan semua kehendakNYA. dan aku yakin ALLAH lebih sayangkan mak dan taknak melihat mak aku menderita sekian lama..sudah 20 tahun arwah mak menanggung penyakit stroknya tue. Anggota badan sebelah kanan sudah tidak bergerak..sebab itu mak dipanggil lebih awal. tapi aku masih memerlukan, masih memerlukan untuk dia melihat aku lebih berjaya. tp apakan daya itu semua harapan yang tak mungkin akan kukecapi. betapa terkejutnya aku ketika menerima panggilan dari kampung . panggilan dari kakak ku yang menyatakan mak telah tiada. betapa hatii ini tidak boleh berkata-kata dan perit sungguh untuk menerima kenyataan ini. malam itu jugak aku, kakak n keluarganya dan abag2ku terus pulang kekampung..Ahh..kenapa begitu cepat ALLAH mengambil ibuku..aku tiba kat kampung pukul 6.30am. Aku lihat suasana rumah begitu sunyi dan kak ida yang menyambut kepulangan kami..aku tidak menghiraukannya. terus ku berlari menuju kedalam rumah. kedengaran suara org mangaji alquran.shahirah anak sedaraku yang paling rapat dengan mak aku..arwah mak aku begitu sayang dengan shahirah.. dan aku melihat ada tabir ditempat arwah mak selalu melelapkan matanya dan disitu jugak kami menyuapkan makanan kepada arwah mak. aku menarik tabir lalu aku melihat sekujur tubuh yang ditutup dengan kain. Aku perlahan-lahan membuka kain yang menutup muka mak..arhhhh…tak sanggup aku melihat raut wajahnya yang jernih itu,,arwah mak umpama sedang tido..aku bertanya pada diriku adakah arwah mak tido atau arwah mak dah tak bernyawa lagi…aku terus memeluk tubuh kakak ku…ahhh..kakakku menenangkan diriku..aku redha pemergiannya tapi aku tak sanggup untuk hadapinya…dan kini aku pasti aku sudah tiada mak dan ayah. Kini ayah sudah ada peneman yang sejati..arwah mak telah disemadikan bersebelahan dengan pusara ayah..memang terasa kehilangan mak.selalunya bila aku balik kampung mesti sentiasa disisnya..dan paling aku igt arwah mak akan menemani aku bila aku berjaga malam mengulangkaji pelajaran dan akan kejutkan aku..klu aku tak bangun arwah akan kata."lain kali tak mau mak kejutkan...kejut tak mau bangun..pastu nak jadik apa nie"..huhuh..arwah mak juga klu aku atau adik beradik yang lain balik mlm dr kl mak tak akan tido kerana menunggu kepulangan kami..dan kini tiada lagi suara-suara halus yang meminta air,menukar pampers, menyuapkan ubat padanya, mendengar suara ketawa seakan menangis..tidak akan aku kedengaran lagi..pasti aku akan merinduinya..pada hari pemergian arwah kakakku nana membeli barang2 keperluan arwah seperti pampers, susu energy, ubat sapu luka, detol,ubat darah tinggi, vitamin,semuanya belum terusik..paling terkilan abg usop aku..2 hari sebelum arwah meninggal abgku balik tp tgk arwah sedang tido dan abg ku ckp "takpelah klu mak tido"coz dia offshore kat kerteh..saat itu saat terakhir abgku dengan arwah mak.sempat dikucup dahi dan tangan mak. pada hari kebumi pulak abgku usop tak sempat melihat buat kali terakhir kerana heli yg membawanya dari pelantar ke airport kota bharu lambat tiba..abg usop ku sampai sesudah talkin dibaca..betapa pilunya hati dia dan aku boleh bayangkan betapa dia hampa sebab sepanjang seminggu selepas arwah pergi abg usop tido dikatil arwah..huhuhuh..setahun sebelum pemergiannya arwah hanya mampu terlantar diatas katil, tidak mampu utk berkata, tidak mampu bergerak, hanya kami anak2 yang sentiasa bercakap, ketawa dengan arwah kerana bagi kami walaupun arwah tidak mampu berbuat demikian tp arwah jugak patut dilayani seperti insan sihat yang lain.arghhh..betapa diri ini begitu rindu pada arwah..tidak boleh terungkap dengan kata2..patutlah arwah mak aku tengok setiap kali anak2 berada ditepinya dia akan merenung.dan itulah renungan terakhir arwah mak kepada anak-anaknya. dan aku pasti akan merinduinya..hanya sedekah dan doaku panjatkan untukNYA semoga roh ayah dan mak ku sentiasa berda dalam keadaan tenang dan disamping orang-orang yang beriman...
n://Sunggug hati ini begitu cemburu melihat kalian yang mempunyai ibu..."Happy Mother Days"
4 comments:
leen..sedih baca..jgn sedih tau2..awk skrang ibu..
huhuh..alwiz remember da moment..huhuh..now kiter dah ada rayyan..hope rayyan akan jg ummi dan abah dan adik2 dengan baik dan sempurna..amin
my mum is 50 this year...why huh..TQ leen
leen..ita dapat rase macam mane kehilangan org tersayang. walaupun ita tak pernah melaluinya, tpi ita diberi ujian yg lain yg melibatkan perasaan...sabarlah leen. mungkin kehadiran rayyan sedikit sebanyak mengubati perasaan leen tuh...
** rugi x pegi majlis Ian, dapat jumpe Rayyan leen tuh. ita ade hal kat umah...last minit tak pat join...walhal baju sarra sume dah get ready dah...huhuuu. jumpe lenkali erk..
Post a Comment